Home » » Resepi Ayam Percik Simple tapi Sedap

Resepi Ayam Percik Simple tapi Sedap


Assalamualaikum semua...:)

Dah agak lama juga blog saya ni menyepi dan semestinya dah bersawang dah pun..

Namun hari ni tergerak hati saya nak mengaktifkan kembali blog saya ni untuk berkongsi suka duka kehidupan saya sebagai seorang isteri kepada suami yang sangat penyayang, seorang mama kepada 2 orang hero yang handsome dan juga seorang WAHM (working at home mom) yang menjalankan bisnes Shaklee di rumah.

So...hari ni saya nak mulakan dengan resepi ayam percik yang saya buat untuk menu lunch kami tengahari tadi..Disebabkan ramai juga yang minta saya share kan, so tak salah rasanya saya kongsi kat sini..Mana tahu ramai yang nak cuba nanti kan..boleh sama-sama rasa kesedapan ayam percik ni kan?

Sebenarnya saya dapat resepi ni daripada kawan saya ainul. Disebabkan teringat ayam percik dia buat hari tu, so saya pun rs teringin nak cuba.. Resepi asal korang boleh dapat kat sini. Tapi saya modifies sikit resepi ainul. Saya tambahkan sedikit lengkuas dan jintan manis.

Bahan-bahan yang saya gunakan adalah :
1- Ayam yang dibelah 4 (saya guna 2 ketul)
2- Bawang besar 1 biji (saiz besar)*
3- Bawang putih 4 ulas *
4- Halia 2cm *
5- Cili kering 10tangkai *
6- Serau 3 batang (dihiris) *
7- Lengkuas (sikit je) *
8- Kunyit hidup 2cm (kalau ada,kalau takde guna kunyit serbuk je) *
9- Jintan manis (satu sudu teh) *
10 - Santan 2 cawan

Cara-cara masak :
1- Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga lumat. Saya kisar guna blander je senang.
2- Letakkan ayam dalam periuk atau kuali, kemudian tuangkan bahan yang dikisar tadi.
3- Masukkan santan dalam kuali kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga ayam separuh masak.
4- Tambahkan gula & garam mengikut citarasa korang.
5- Kemudian, keluarkan ayam dan panggang guna pemanggang ajaib. Yang takde pemanggang ajaib, boleh guna pan.
6- Agak-agak ayam dah masak dan garing sikit-sikit angkat dan boleh dihidangkan.
7- Curahkan kuah yang lebih tadi semasa menghidang.


Inilah gambar ayam percik yang saya buat tengahari tadi. Encik suami saya kata sedap sangat sampai kata saya boleh bukak kedai...hehe...

Selamat mencuba...:)


1 comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...