Huhuhuh

image

Nasi ayam

image

Nasi ayam...

Siapa Chrysalis Nurul?

Teks : Chrysalis Nurul

Assalamualaikum w.b.t.

Buat pertama kalinya saya memperkenalkan diri di teratak Inspirasi Nurul ni...

Saya diberi nama penuh oleh abah dan mak kesayangan saya dengan nama Nurul Hidayah binti Zakaria..Panggilan manja kat rumah, abah, mak dan adik beradik yang lain lebih gemar panggil dengan panggilan "yuy" ataupun "kak yuy"..Saya adalah anak sulung kepada seorang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan.. Saya seorang kakak yang agak garang dan suka memerintah...tapi...sangat penyayang orangnya...betul tak adik-adikku? :-)

Abah dah mak telah membesarkan saya dengan sangat baik, tak terbalas jasa mereka..Dari kecil sampailah sekarang, mereka mencurahkan kasih sayang tanpa berbelah bahagi sehinggalah saya mencapai kejayaan sehingga sekarang. Mereka adalah penguat semangat saya dalam setiap apa yang saya lakukan..Terima kasih abah...Terima kasih mak..Yuy sangat sayangkan kalian berdua..

Saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan penyabar orang nya..Dan saya mempunyai dua orang cahaya  2 tahunmata yang sangat handsome. Mereka bertiga adalah nyawa saya...Saya akan "mati" tanpa mereka..Segala kejayaan yang saya kecapi pada hari ni, merekalah penyebabnya..Semua yang saya lakukan adalah untuk mereka...Ya..semata-mata untuk mereka..Merekalah harta saya di dunia...

Saya adalah seorang pengedar Shaklee yang anda boleh percayai. Saya telah menggunakan produk Shaklee sejak tahun 2011 sehibgga sekarang..Dan saya telah menjalankan bisnes Shaklee selama 2 tahun..Perniagaan Shaklee adalah nadi saya sekarang..Nanti saya akan kongsikan lebih banyak lagi pengalaman saya sepanjang saya menjalankan perniagaan Shaklee sehingga ke tahap sekarang sebagai sumber inspirasi buat anda...

Saya rasa, cukuplah serba sedikit tentang saya..InsyaAllah saya akan kongsikan lagi tentang diri saya..

Cuma yang saya tahu saya hanyalah insan biasa yang mengimpikan sesuatu yang luar biasa!

Semoga sedikit pengenalan tentang diri penulis Inspirasi Nurul ini serba sedikit dapat membantu anda untuk mengenali saya dengan lebih dekat lagi...InsyaAllah...


Salam sayang...
Chrysalis Nurul
Hidup untuk Memberi


Vitamin Terbaik : Dah tentu Shaklee.

Kenapa Vitamin Shaklee Vitamin terbaik?

Ramai yang bertanya dan mempersoalkan, KENAPA PERLU BELI SHAKLEE, VITAMIN LAIN BERLAMBAK JUAL KAT FARMASI..TAK SAMA KE?

Di sini ingin saya memperbetulkan sedikit persepsi ini. VITAMIN..ya kita boleh mendapatkan vitamin dari mana2 kedai pun. Dalam minuman ringan pun katanya ada VITAMIN C.

Namun vitamin yang sering kita tengok dan sebut tu, ada beberapa perkara yang kita tak pernah ambil tahu:

■ Daripada apa ia dibuat?
■ Apakah ujian2 yang dilakukan ke atasnya?
■ Apakah ia halal?
■ Apakah ia BENAR-BENAR VITAMIN?
■ Sejauh mana keberkesanan dari segi kadar peresapannya?
■ Apakah ia mencukupi untuk tubuh kita?
■ dll

Salah satu perkara yang penting dalam pembuatan vitamin/mineral ialah UJIAN yang dilakukan ke atas vitamin2 tersebut.

Biasanya ada 4 tahap penyelidikan yang dilakukan ke atas sesuatu produk perubatan, dan untuk nutraseutikal biasanya melalui 3 tahap sahaja, atau ada yang kurang dari itu. Ujian2 tersebut ialah:

1. PENYELIDIKAN ASAS - kaji selidik dilakukan dengan pembacaan dari rekod2 yang pernah dilakukan sebelum ini, jurnal dan sebagainya. Mungkin ada melakukan interview, untuk mendapatkan kefahaman.

2. UJIAN MAKMAL - ujian2 dan kajian dibuat di dalam makmal terhadap satu2 produk.

3. UJIAN TERHADAP HAIWAN – biasanya tikus digunakan untuk menjalankan ujian ini. Biasa kan kita dengar penyataan “tikus2 yang diberi XXXX mengalami reaksi YYYY”.

4. UJIAN KLINIKAL – kajian yang dilakukan terhadap manusia.

Produk kesihatan TIDAK PERLU menjalani ujian klinikal kerana ia adalah dalam industri Nutritional.

Berbeza dengan ubat-ubatan yang digunakan di hospital-hospital dan klinik-klinik yg memerlukan ujian klinikal. Ini adalah kerana ubatan-ubatan adalah di dalam Industri Medikal.

Dan Shaklee adalah SATU-SATUNYA produk kesihatan yang melalui ujian klinikal, malah ia turut diuji oleh makmal pihak ketiga bagi memastikan mutu dan keberkesanannya terhadap kesihatan.

Masih ragu-ragu?

cara mohon visa ke us

hjdwefhceuirghivbcoeuihrvcb
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.supercell.clashofclans

Resepi Ayam Percik Simple tapi Sedap


Assalamualaikum semua...:)

Dah agak lama juga blog saya ni menyepi dan semestinya dah bersawang dah pun..

Namun hari ni tergerak hati saya nak mengaktifkan kembali blog saya ni untuk berkongsi suka duka kehidupan saya sebagai seorang isteri kepada suami yang sangat penyayang, seorang mama kepada 2 orang hero yang handsome dan juga seorang WAHM (working at home mom) yang menjalankan bisnes Shaklee di rumah.

So...hari ni saya nak mulakan dengan resepi ayam percik yang saya buat untuk menu lunch kami tengahari tadi..Disebabkan ramai juga yang minta saya share kan, so tak salah rasanya saya kongsi kat sini..Mana tahu ramai yang nak cuba nanti kan..boleh sama-sama rasa kesedapan ayam percik ni kan?

Sebenarnya saya dapat resepi ni daripada kawan saya ainul. Disebabkan teringat ayam percik dia buat hari tu, so saya pun rs teringin nak cuba.. Resepi asal korang boleh dapat kat sini. Tapi saya modifies sikit resepi ainul. Saya tambahkan sedikit lengkuas dan jintan manis.

Bahan-bahan yang saya gunakan adalah :
1- Ayam yang dibelah 4 (saya guna 2 ketul)
2- Bawang besar 1 biji (saiz besar)*
3- Bawang putih 4 ulas *
4- Halia 2cm *
5- Cili kering 10tangkai *
6- Serau 3 batang (dihiris) *
7- Lengkuas (sikit je) *
8- Kunyit hidup 2cm (kalau ada,kalau takde guna kunyit serbuk je) *
9- Jintan manis (satu sudu teh) *
10 - Santan 2 cawan

Cara-cara masak :
1- Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga lumat. Saya kisar guna blander je senang.
2- Letakkan ayam dalam periuk atau kuali, kemudian tuangkan bahan yang dikisar tadi.
3- Masukkan santan dalam kuali kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga ayam separuh masak.
4- Tambahkan gula & garam mengikut citarasa korang.
5- Kemudian, keluarkan ayam dan panggang guna pemanggang ajaib. Yang takde pemanggang ajaib, boleh guna pan.
6- Agak-agak ayam dah masak dan garing sikit-sikit angkat dan boleh dihidangkan.
7- Curahkan kuah yang lebih tadi semasa menghidang.


Inilah gambar ayam percik yang saya buat tengahari tadi. Encik suami saya kata sedap sangat sampai kata saya boleh bukak kedai...hehe...

Selamat mencuba...:)


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...